Maklumat Undang-Undang

Penafian

Sila baca penafian ini dengan teliti sebelum menggunakan portal FINAS.

Laman web rasmi FINAS Malaysia

Penting Maklumat dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Sebarang kebergantungan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri.

Ketepatan Maklumat

Laman web ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya. FINAS menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini.

Had Liabiliti

FINAS, sekutu-sekutunya, pengeluar lesen, kakitangan, ejen atau kontraktor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan, termasuk tanpa limitasi secara tidak langsung, kerosakan akibat, kerosakan khas, ketidaksengajaan atau punitif yang berlaku atau disebabkan oleh laman web ini atau kandungannya atau kesilapannya atau pengabaian dalam kandungannya.

Kerahsiaan Maklumat

Sila ambil perhatian bahawa segala maklumat atau bahan yang dihantar kepada FINAS menerusi laman web ini akan dianggap sebagai tidak rahsia. Segala maklumat dan bahan-bahan berkenaan tidak akan dilayan dengan rahsia. FINAS tidak akan bertanggungjawab pada bila-bila masa apabila maklumat atau bahan-bahan berkenaan jatuh atau diketahui oleh pihak ketiga.

Tanggungjawab Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.