Soalan Lazim
Ada Soalan?
Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai FINAS dan perkhidmatannya.
Menunjukkan 8 daripada 8 soalan
FINAS ditubuhkan 12 Februari 1981 apabila mendapat Persetujuan DiRaja dan diwartakan pada 19 Februari 1981. FINAS mula beroperasi pada Jun 1981.
FINAS tidak bertanggungjawab terhadap penapisan filem. Penapisan filem dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sila hubungi Lembaga Penapisan di 03 88863223.
Objektif FINAS adalah untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia. FINAS secara amnya memberi bantuan kepada pengusaha dan penglibat industri sama ada dari segi galakan, latihan, bantuan kewangan, kemudahan produksi mahupun khidmat nasihat.
Tidak. Filem Negara Malaysia bertanggungjawab mengeluarkan filem-filem bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat mengenai dasar-dasar dan program pembangunan Kerajaan. FINAS pula bertanggungjawab dalam menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan filem di Malaysia.
Anda boleh mendapatkan maklumat ini di laman web ini atau menelefon FINAS atau datang terus ke pejabat FINAS.
FINASPOST menyediakan pelbagai kemudahan dari segi sewaan alat pos produksi termasuk telecine, editing, audio suite, graphic suite dan lain-lain kemudahan peralatan produksi.
Ya. Anda boleh menyertai kursus-kursus serta bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh FINAS sepanjang tahun. Sila hubungi unit Latihan FINAS untuk keterangan lanjut.
Pertandingan ini akan diumumkan dalam media atau laman web FINAS. Sila hubungi Unit Produksi untuk keterangan lanjut.
Tiada hasil dijumpai
Cuba kata kunci yang berbeza.