Maklumat Undang-Undang

Dasar Privasi

Kami komited untuk melindungi privasi anda. Halaman ini menerangkan bagaimana maklumat anda dikumpul, digunakan dan dilindungi oleh FINAS.

Perlindungan Data Peribadi — FINAS Malaysia

Komitmen Kami Kepada Anda

FINAS berkomited untuk memastikan privasi anda terlindung. Maklumat yang anda berikan hanya akan digunakan mengikut dasar privasi ini.

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.