Utama / Artikel / BREAKING THE CODE: MENDEKOD STRUKTUR SINEMATIK DAI...
ARTIKEL 19 Sep 2018 👁️ 2 Tontonan

BREAKING THE CODE: MENDEKOD STRUKTUR SINEMATIK DAIN SAID DALAM "BUNOHAN", "INTERCHANGE" DAN "DUKUN"

Kajian mendalam tentang struktur sinematik, pengalaman komunikatif dan konsep visual dalam tiga filem terulung Dain Said.

Dalam menyelami pengalaman filem secara menyeluruh, kepentingan unsur deria dan persepsi dapat diterbitkan daripada pemahaman komunikasi visual. Filem-filem Dain Said iaitu Bunohan (2012), Interchange (2016) dan Dukun (2018) merupakan contoh terbaik pendekatan sinematik yang kaya dengan semiotik, metafora visual dan interaksionisme simbolik.