BUKU & PENERBITAN

Koleksi buku dan penerbitan berkaitan industri filem Malaysia

Ceria Bersama S. Shamsuddin dan Wahid Satay
Biografi

Ceria Bersama S. Shamsuddin dan Wahid Satay

Tahun: 2024

Rangkuman riwayat kisah kehidupan dua tokoh bintang filem komedi, S. Shamsuddin dan Wahid Satay. Pelakon jenaka yang melopori filem melayu klasik di era kegemilangan 1950-an dengan merakam 1001 cerita kehidupan mereka.

The Art of Oh! Lala
Animasi

The Art of Oh! Lala

RM 60.00

Sebuah buku adaptasi dari filem animasi yang menceritakan pembikinan dan semua aspek berkaitan penghasilan filem animasi Oh! Lala.

Sumbangsih Primadona Dato' Rosnani Jamil Dari Sungai Geringging Ke Kota London
Biografi

Sumbangsih Primadona Dato' Rosnani Jamil Dari Sungai Geringging Ke Kota London

Pengarang: Seniwati Mariani RM 100.00

Sebuah karya jujur hasil penulisan Seniwati Mariani dalam menceritakan detik dan cabaran hidup primadona filem Dato' Rosnani Jamil dari kampung halaman hinggalah ke pentas antarabangsa.

Hussein Abu Hassan: The Cinderella Man
Biografi

Hussein Abu Hassan: The Cinderella Man

Pengarang: Fadilla Hussein (Dilla Hussein) RM 200.00

Penulisan daripada kacamata seorang anak tentang ayahnya. Mengisahkan perjalanan hidup seorang seniman Hussein Abu Hassan yang penuh dengan pengalaman dan cabaran dalam industri filem.

Ceria Bersama S. Shamsuddin dan Wahid Satay (Edisi Asal)
Biografi

Ceria Bersama S. Shamsuddin dan Wahid Satay (Edisi Asal)

RM 150.00

Rangkuman riwayat kisah kehidupan dua tokoh bintang filem komedi iaitu S. Shamsuddin dan Wahid Satay. Pelakon jenaka yang melopori filem melayu klasik di era kegemilangan 1950-an.

Mustapha Ma'arof Seniman Merentas Zaman
Biografi

Mustapha Ma'arof Seniman Merentas Zaman

Pengarang: Tuan Akmal Abdullah RM 100.00

Sebuah penulisan hasil dari cerita sebenar oleh arwah Dato' Mustapha Maarof yang ditulis semula oleh Tuan Akmal Abdullah. Menceritakan tentang perjuangan beliau dalam dunia seni filem tanah air.

Menerokai Keagungan Hikayat Merong Mahawangsa
Adaptasi Filem

Menerokai Keagungan Hikayat Merong Mahawangsa

RM 96.00

Merupakan sebuah buku adaptasi filem yang menceritakan tentang pembikinan filem tersebut dari semua penglibatan sehingga terhasilnya sebuah filem sejarah Merong Mahawangsa.

Keberkesanan Graduan Filem Lepasan IPTA/IPTS Di Malaysia
Penyelidikan

Keberkesanan Graduan Filem Lepasan IPTA/IPTS Di Malaysia

RM 36.00

Suatu kajian industri, rumusan dan pengumpulan data tentang graduan filem di Malaysia merangkumi pemasalahan pembelajaran, hala tuju, pandangan serta cadangan penggiat filem.

Filem Melayu: Dari Jalan Ampas Ke Ulu Kelang
Sejarah

Filem Melayu: Dari Jalan Ampas Ke Ulu Kelang

Pengarang: Salleh Ghani (Allahyarham)

Sumbangan terakhir Salleh Ghani (Allahyarham), yang julung kali dihasilkan oleh seorang pengarah tersohor demi melihat industri filem tempatan terus maju. Bahan rujukan berharga untuk para penyelidik perfileman.

Audio Untuk Filem dan Televisyen
Teknikal

Audio Untuk Filem dan Televisyen

Buku ini bertujuan memberi para pembaca gambaran secara keseluruhan mengenai audio filem dan televisyen, bermula dari rakaman di set lokasi sehingga ke peringkat stesen kerja audio digital, dengan penelitian terhadap pelbagai kategori dalam pasca penerbitan.

Menunjukkan 1–10 daripada 10 buku