Kadar Harga Perkhidmatan Pasca Produksi Filem
(Perkhidmatan Makmal)
Bagi memberi nilai tambah dalam memenuhi permintaan industri kreatif dalam usaha pendigitalan filem, FINAS menyediakan perkhidmatan teknologi pendigitalan yang terkini dengan perbandingan kadar harga yang lebih berpatutan berbanding dengan kadar harga pendigitalan syarikat swasta dan di luar Malaysia. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha FINAS untuk memudahkan industri perfileman dan agensi-agensi kerajaan mahupun syarikat perfileman persendirian dalam menyempurnakan peralihan daripada bahan analog kepada digital.
Penetapan kadar harga Perkhidmatan Pasca Produksi Filem (Perkhidmatan Makmal) adalah seperti di Jadual 1 berikut:
| BIL | PERKHIDMATAN | KADAR HARGA SEWA (RM) | |
|---|---|---|---|
| 35 MM | 16 MM | ||
| 1 | REPAIR & INSPECTION | RM2,000.00 / JAM | RM2,000.00 / JAM |
| 2 | SCANNING | RM5,000.00 / JAM | RM5,000.00 / JAM |
| 3 | COLOUR GRADING AND DIGITAL RESTORATION | RM3,000.00 / JAM | RM3,000.00 / JAM |
| 4 | TRANSCODING AND DELIVERY FORMAT | RM1,500.00 / JAM | RM1,500.00 / JAM |
| PAKEJ PERKHIDMATAN (NO. 1 HINGGA NO. 4) | RM10,000.00 / JAM | RM10,000.00 / JAM | |
| 5 | FILM VAULT RENTAL (FOR NEGATIVE & POSITIVE FILM AND TAPE STORAGE) | RM100.00 / 1 Can / Tape / Setahun | |
Jadual 1: Kadar Harga Perkhidmatan Pasca Produksi Filem (Perkhidmatan Makmal)
*** Kadar harga ini adalah merujuk kepada kelulusan Mesyuarat Ahli Perbadanan FINAS Bil. 4/2022 bertarikh 20 September 2022.
Untuk pertanyaan atau tempahan perkhidmatan, sila hubungi kami.
Hubungi FINAS