Dana Kandungan Kreatif (DKK)
Muat Turun PDFKandungan Akhir (Write-Up) DKK Laman Web Rasmi FINAS
Pengenalan
Malaysia telah meneroka dan menyusun strategi bagi meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara. Industri kreatif berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.
Kerajaan telah menyediakan peruntukan melalui Dana Kandungan Kreatif ("DKK") yang dahulu dikenali sebagai Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) dan seterusnya Dana Kandungan Digital (DKD) telah diperkenalkan pada April 2015 sebagai kesinambungan kepada Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) sebagai sokongan kepada penggiat industri kreatif bagi menggalakkan penghasilan, penerbitan, dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta dan berpotensi tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa menerusi agensi pelaksana Kementerian Komunikasi.
Objektif DKK
Menjadikan industri kandungan tempatan sebagai sumber ekonomi berpendapatan tinggi (high income economy).
Membangunkan industri kandungan tempatan yang berdaya saing, berdaya maju dan sentiasa relevan.
Memudah dan memberi galakan kepada penggiat industri kreatif dalam penghasilan penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi serta berupaya dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Meningkatkan mutu dan profesionalisme penggiat industri kreatif bagi mengoptimumkan kualiti kandungan kreatif tempatan.
Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi industri kreatif tempatan.
Memberi impak positif kepada ekonomi negara.
Mewujudkan harta intelek (IP) Malaysia bagi kandungan kreatif tempatan.
Skop Program DKK
Penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi, berkualiti serta inovatif yang berpotensi untuk diterbitkan dan dimanfaatkan bagi tujuan komersial dan kenegaraan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Memperkasa ekosistem industri kreatif sektor filem yang lebih komprehensif bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif.
Penghasilan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya saing dalam industri kandungan kreatif filem termasuk penciptaan dan pemilikan hak cipta merangkumi pembangunan idea asli bagi memperkukuh ekosistem kreatif dan meningkatkan nilai ekonomi negara.
Kaedah Permohonan DKK
Permohonan DKK adalah melalui https://sppik.finas.my
Syarat-Syarat Am Permohonan DKK
Lesen pengeluaran / pengedaran FINAS hendaklah masih aktif sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh permohonan dibuat.
Lebih daripada lima puluh satu peratus (51%) pemilikan sah dan benefisial pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia.
Syarikat tidak mempunyai projek DKK yang sedang berjalan (on going) atau telah menerima surat tutup projek daripada FINAS.
Bebas dari perintah penggulungan dan senarai muflis.
Kategori Dana dan Tempoh Permohonan
Penawaran Dana DKK akan dimaklumkan melalui pengiklanan di laman sesawang, media sosial rasmi FINAS dan laman sesawang Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK).
Kategori Dana & Tempoh
Penawaran Dana DKK akan dimaklumkan melalui pengiklanan di laman sesawang, media sosial rasmi FINAS dan laman sesawang SPPIK.
Kategori 2
*tertakluk kepada jumlah bilangan siling penerima dan baki peruntukan tahun semasa