Tatacara Permohonan Surat Perakuan Penggambaran (SPP)
Muat Turun PDFGaris Panduan SPP (Julai 2025)
Syarat-Syarat
Syarikat filem perlu mempunyai Lesen Pengeluaran Filem (PF) yang masih sah tempohnya
Mengemukakan permohonan secara atas talian melalui SPPIK di sppik.finas.my
Mengemukakan permohonan tidak lewat dari 7 hari sebelum penggambaran dimulakan
Satu permohonan bagi setiap judul filem yang hendak dikeluarkan
Dokumen Yang Diperlukan
Sinopsis filem, anggaran kos produksi dan senarai tenaga produksi/artis
Salinan Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) jika menggunakan tenaga pekerja asing
Jadual dan lokasi penggambaran secara terperinci
Perjanjian rasmi Standard Contract antara syarikat dengan pelaku
Semua tenaga kerja/kru/pelakon disyorkan mencarum dengan PERKESO/KWSP
Bayaran
Bayaran Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) sebanyak RM50.00 boleh dibuat secara atas talian melalui SPPIK dan sijil boleh dicetak setelah transaksi pembayaran selesai dilakukan.
Penjagaan Alam Sekitar
Mana-mana syarikat yang menjalankan penggambaran di lokasi yang melibatkan alam sekitar perlu menjaga kebersihan persekitaran dan tidak merosakan ekosistem alam sekitar. Sebarang perbuatan vandalisme atau kerosakan terhadap lokasi penggambaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.