Utama / Perkhidmatan / Permohonan Lesen

Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan

Permohonan Lesen

Garis panduan dan tatacara permohonan lesen baharu, pembaharuan lesen dan sijil akuan filem iklan buatan Malaysia (MIM).

Garis Panduan Permohonan Baharu Lesen Pengeluaran Filem/Video

Muat Turun PDF

Garis Panduan Lesen Baharu PF/PV 2023

1

Pendahuluan

Garis panduan ini dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia untuk panduan penggiat industri kreatif tempatan dan berkuatkuasa mulai 3 Julai 2023. Semua penggiat industri kreatif khususnya pelanggan FINAS yang menjalankan aktiviti pengeluaran filem perlu mengemukakan permohonan lesen mengikut syarat-syarat di bawah Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Perlesenan) 1983.

2

Prosedur Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif Negara (SPPIK) di pautan sppik.finas.my

3

Syarat Permohonan (Sdn. Bhd)

Salinan Notis Pendaftaran Syarikat, Seksyen 15 Akta Syarikat 2016

Salinan Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian, Seksyen 17 Akta Syarikat 2016

Salinan Perlembagaan atau Memorandum dan Artikel Syarikat

Salinan Maklumat Syarikat terkini dari SSM, Seksyen 14 Akta Syarikat 2016

Salinan Notis Pertukaran dalam Daftar Pemegang Syer, Seksyen 51 Akta Syarikat 2016

Salinan Penyata Pengumpukan Syer, Seksyen 78 Akta Syarikat 2016

Salinan Borang Pemindahmilikan Syer/Sekuriti (jika ada)

Salinan Notis Perakuan Pemerbadanan atas Pertukaran Nama Syarikat (jika ada)

4

Fi dan Deposit

Jenis Lesen Fi / Kadar Deposit
Lesen Pengeluaran Filem (PF) RM1,000.00 RM100.00
Lesen Pengeluaran Video (PV) RM5,000.00 RM100.00
5

Maklumat Penting

Lesen sah selama satu (1) tahun dan boleh diperbaharui

FINAS boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat tambahan

Pemohon baharu lesen PF akan melalui proses seminar dan ujian sebelum diluluskan

Portal SPPIK

sppik.finas.my

Telefon

03-4104 1300 / 1458 / 1360